Gambaran Keseluruhan Kejuruteraan_petroleum

Titik mula profesion ini adalah pada tahun 1914 dalam American Institute of Mining, Metallurgical and Petroleum Engineers (AIME). Ijazah sarjana muda kejuruteraan petroleum telah dianugerahkan pada 1915 oleh Univeristi of Pittsburgh. [1] Sejak itu, profesion ini telah berkembang dalam menyelesaikan situasi yang semakin sukar kerana kebanyakan medan minyak yang mudah untuk dimajukan telah pun ditemukan dan disusutkan. Penambahbaikan dalam permodelan komputer, bahan-bahan dan aplikasi statistik, analisis kebarangkalian, dan teknologi baru seperti gerudi datar dan perolehan minyak tertingkat, telah banyak memperbaik set alatan dan kaedah bagi jurutera petroleum sejak beberapa dekad terakhir.

Antara situasi sukar yang terpaksa dilalui termasuk lautan air dalam, keadaan artik dan padang pasir. Kini, Persekitaran Suhu Tinggi dan Tekanan Tinggi (HPHT) semakin lama semakin menjadi kebiasaan dalam operasi dan memerlukan sesorang jurutera petroelum yang bijak dalam topik-topik yang meluas seperti hidraulik termo, geomekanik, dan sistem cerdas.

Society of Petroleum Engineers (SPE) merupakan persatuan profesional yang terbesar untuk jurutera-jurutera petroleum. Pengajian kejuruteraan petroleum terdapat di 17 universiti di Amerika Syarikat dan lain-lain tempat merata dunia, terutamanya di rantau-rantau pengeluar minyak mentah. Selain itu, sesetengah syarikat antarabangsa mempunyai kursus dalaman yang baik dalam kejuruteraan petroleum untuk pekerja masing-masing.

Dari segi sejarah, kejuruteraan petroleum adalah disiplin kejuruteraan yang menerima bayaran tertinggi. Bagaimanapun, terdapat kecenderungan untuk pemberhentian kerja secara besar-besaran apabila harga minyak mentah merosot. Rencana bertarikh Jun 4, 2007 oleh Forbes.com melaporkan kejuruteraan petroleum adalah pekerjaan dengan bayaran ke-24 tertinggi di Amerika Syarikat.[2] Kaji selidik 2010 oleh National Association of Colleges and Employers melaporkan lepasan ijazah kejuruteraan petroleum dibayar gaji tertinggi di Amerika Syarikat sebanyak USD 125,000 setahun.[3]